Sunday 24 May 2009

Potato bread



Peeping into the oven.

Today is history, first time in my life baking potato bread. Was initially rather anxious to see the outcome, but when the bread started to rise in the oven I was so convinced that the recipe worked alhamdulillah, just that I felt I should have added a little bit more sugar to the bread dough. It was so soft with delicate texture. Emm pas ni projek meroti la pulak...hehe.....Recipe from Hana Yappoon. Halal ye Hana.

Potato bread


Bahan-bahan
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)- masukkan susu skit2 sbb adunan agak lembik klu masuk semua.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
(untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula Cara-cara
1. Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
2. Kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
3. Kalu guna tangan untuk menguli, tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap.

3 comments:

  1. Nak sikit.. Geram nih, intai rumah Inahar ada bun kentang, intai sini pun ada.. Nantilaaa.. (sambil menjeling oven yang dah 7 bulan koma)

    ReplyDelete
  2. Mak ooii..7 bulan comatose, jenuh nak resuscitate nih. Daaa kami nak Paris and Brussels weekend ni bawak parent in laws. nak kirim Eifel tower?

    ReplyDelete
  3. Selamat berjalan2. Salam to Mr Dentist and PIL. Tanak kirim Eifel tower, nak kirim roti kentang jer.. :-)

    ReplyDelete